Welcome to My humble Scribblings, where I scribble on normal, daily happenings (which sometimes I take for granted), and on emotional expressions which are most often difficult to do verbally. I don't offer much except for sweet memories, self-reflection, and probably some new lessons for life. Happy Reading!

Sunday, January 15, 2012

pokok laici

9 oktober - mak & papa datang rumah melawat cucu3nya ;). papa bawak benih pokok laici yang disemai masa adik saya, june, mengidam nak makan buah laici fresh (takmau yg dalam tin). papa saya semai beberapa pokok. satu ditanam di rumah adik saya, aie. dah tinggi dah pokok tu. kali ni papa tanam di halaman rumah saya pulak. tapi bila dia cangkul tanah tu, dia tak confident pokok laici ni boleh tumbuh sebab tanah tu tanah liat. petang tu juga kitorang pergi nurseri cari tanah bakar. bila dah beli 3 bungkus dan papa masukkan kat dlm lubang tu, dia kata tanah bakar tu bukan yg ori, tapi telah bercampur dgn tanah liat juga. walau bagaimanapun, dengan bismillah papa tanam juga pokok laici tersebut. dia pesan suruh topup dgn tanah bakar & siram air.

tanah yg dikorek

papa menggali lagi

fathinah & akmal & atok mereka
dan... dengan sedihnya pokok tu memang takat macam tu jugalah sampai skrg ni...


kutu b*b*

tadi kisah fathinah, kali ni kisah akmal pulak. ada satu hari tu, saya perasan ada satu dot kecil di kelopak mata kiri bawah akmal. bila check macam takde apa2. lama-kelamaan dot tu semakin besar dan hitam. bila saya cuba tarik benda tu, akmal nangis. i totally have no idea what that was sehinggalah babysitter bagitau yang benda tu ialah kutu b*b*!!. malam tu saya perasan kutu tu dah makin besar. saya cuba tarik tapi tak boleh tambahan pula si akmal ni menangis je. badan dia pun dah panas macam demam. so the next day first thing in the morning, kami pun bawaklah akmal ke pku, jumpa dr maizatul lagi...

haa... besar tak kutu yg melekap kat bawah mata akmal tu? otw to pku ni
dr mai sedang mencabut kutu tersebut. 3 nurses pegang akmal yang dibedung.

doktor letak antibiotik pada tempat yg kena gigit.


hmmm... itulah kisahnya hero saya ni... dia punya melalak, satu pku dengar! dahlah dalam tu ramai students and staff masa kita bawak dia. doktor bagi akmal ubat demam juga, tapi nasib baiklah demam dia sekejap je.


hidung berdarah

fathinah seorang yang sangat lasak walaupun dia girl. sejak dlm kandungan lagi dia memang macam tu. oleh kerana dia lasak, maka selalulah dia terhantuk sana terhantuk sini, tertonggeng, dan macam2 aksi lain. masa umur dia 3 thn, hidung dia selalu berdarah. bila berdarah tu, bukan sikit2, macam air mengalir deras. kadang2 dlm seminggu, ada 3-4 hari dia berdarah. ada sekali tu, cikgu nurseri buat emergency call sebab dia kata hidung fathinah berdarah 2 kali, pagi dan petang dlm satu hari. so, my hubby & i bawak dia pegi pku. doktor check hidung dia, katanya hujung hidung fathinah sangat sensitif. dia nampak banyak saraf halus merah di hujung hidung. lantas dr maizatul tulis referral letter kpd ent di hospital pantai for further investigation.

the following week, kitorang pun bawaklah fathinah pegi jumpa dengan ent specialist tu. dia masukkan kamera dalam hidung fathinah. ini gambarnya:


dalam hidung kiri dan kanan
masa doktor masukkan kamera di hujung hidung, fathinah ok lagi. bila doktor masukkan ke dalam lagi, fathinah mula menangis. according to him, punca darah hidung fathinah ialah dari hujung hidung, which means, i should not worry too much. hujung hidung dia ada extra saraf halus yg buat hidung lebih sensitif. jadi fathinah kena elakkan dari korek hidung, kalau bersin tak boleh kuat2 sangat, and kalau ada tanda nak selsema kena cepat bagi ubat selsema. lagi satu, fathinah tak boleh terhantuk sbb boleh buat hidung dia berdarah. he also said, bila fathinah makin besar, hidung berdarah ni akan hilang dengan sendirinya. tapi kalau kita as parents ni risau, dia kata fathinah boleh jalani laser utk matikan saraf2 halus tu. dia bagi ointment+antibiotic utk sapu dlm hidung fathinah.

* hidung fathinah masih lagi berdarah tapi tak sekerap dulu. kadang2 je especially kalau dia main dlm cuaca yg sangat panas atau kalau dia terhantuk. cikgu2 kat nurseri bagi lebih perhatian pada dia. saya pun dah ajar cikgu mcmana nak handle kalau hidung dia berdarah. Doktor kata, tundukkan kepala fathinah, picit hujung hidung dlm 10 saat, kemudian lepaskan. buat beberapa kali sampai darah berhenti. jangan sesekali baringkan dia, sebab darah boleh masuk ke otak dan ini lebih bahaya.

Eidul Fitri (28 august - 5 sept)

memang dah sangat2 lewat pun to talk about eid yang lepas. skrg dah masuk tahun baru hijrah pun kan... this year, turn beraya di kampung hubby, kg air molek, kuala sg baru, masjid tanah. lama juga lah stay di kampung sbb kami tunggu semua adik beradik balik kampung barulah kami beraya at my parents' di jb. here are some of the photos taken di kampung.

kenapa la semua monyok ye?

my little family :)

adlina & fathinah with hanis. hanis darjah 4 tahun ni. dia ialah cucu  saudara my husband, so dia  ialah anak saudara to my kids.

my heroes - big one and little one ;)

tudung semua dah tanggal...

adlina with cousins - kakak nadzirah, kakak nadzurah and adik najwa
ok, skrg kita tengok gambar raya di jb pulak...

my papa, kids & cousins

with my hubby

dalam rumah kecil yang dibina oleh pak itam

adlina & fathinah with their young uncles

budak montel aneem, handsome boy ayish with ibu & mak june (nabilah terselindung di belakang ibu)

Raya tahun ni disambut sederhana. ada cerita gembira dan ada berita sedih. gembira kerana seorang cousin telah melangsungkan perkahwinannya pada 3 september di rumah mak esah di jb. sedih kerana pada 4 september, seorang cousin yang masih muda (23 thn) telah pergi menghadap Ilahi di hospital segamat. selang 10 hari lepas tu, mak saudara juga telah pergi buat selama-lamanya di muar. al-fatihah untuk roh kedua-duanya semoga mendapat rahmat dari Allah jua....

p/s: 6/9 saya register sebagai student di UTM Skudai. cerita tentang perjalanan hidup saya sebagai pelajar ada di myphdadventure.blogspot.com




Saturday, January 14, 2012

terbengkalai...

assalamualaikum pada blog ni yang lama terbengkalai... kesiannya, bukan maksud nak abandon terus tapi first semester of studying memang perlu fokus & konsentrasi, masa macam mencemburui, terkejar sana terkejar sini...
banyak perkara yang berlaku dlm family, especially hal anak3. walaupun dah agak lama berlalu, tapi kenangan dgn anak3 tetap sentiasa segar di ingatan...
this post is the intro only, the next few posts will talk about the events and hopefully with some photos...