Salam Ramadhan to all and Eid Mubarak! segala puji bagi Allah swt yg memberi peluang untuk kita meneruskan kehidupan di dalam bulan yang mulia ini...
Wah lagi beberapa hari lagi kita akan berhari raya, pasti ramai yang telah membuat persiapan untuk menyambut lebaran ini, kan... for me, the preparation is simple. the reason is that i have another important thing to do at the same time. Yes, dlm bulan ramadhan ini, di kala orang lain sibuk dengan persiapan raya, saya sibuk dengan urusan cuti belajar (well, tak de lah sesibuk mana if compared to mereka yang nak cuti belajar ke luar negara), tapi still rasa terkejar-kejar ke sana ke mari.
Urusan borang2 dan surat dari KPT diberi masa 14 hari. Surat dan borang2 dari uthm pula sampai pada hari ke 7 selepas dapat dokumen dari KPT. Maka bermulalah episod lawatan ke PKU, pejabat pos, rumah pakcik (sebagai penjamin), LHDN (untuk urusan mati setem), ulang-alik pejabat pendaftar. Tadi baru saja pergi ke library, tp malangnya tak dibenarkan masuk kerana ada sesi rakaman Dato' NC untuk ucapan raya, so nampaknya kena tunda untuk dapatkan signature pegawai di library. PTM, akan dilawati lepas naik cuti raya sbb skrg ni banyak files dlm laptop yg perlu di transfer untuk kosongkan laptop ni sebelum dipulangkan kepada PTM. Mujurlah saya akan belajar di UTM Skudai, jadi tak ada masalah nak datang semula ke sini. Kalau lah saya belajar kat oversea, mau jenuh lah saya kena settlekan semua sebelum fly. Barang2 dalam ofis masih belum kemas sepenuhnya lagi. Baru 1 ruang dlm bookshelves yang dah clear. ada banyak kotak2 lagi. assignments students lagi. files lagi. nasib baiklah saya diberi masa sebulan untuk uruskan hal ni. tapi sekarang ada lagi 2 minggu saja lagi untuk serahkan kunci ofis.
Keadaan di rumah, jangan cerita lah. segala2nya serba simple. tiada penambahan perabot or langsir baru, tapi yang pasti akan ada tambahan rak buku dan juga komputer baru (ye lah, nak jadi student, kan?). our (my hubby & i) plan is, ruang tamu kedua akan dijadikan study room for all of us. sebelum ini, tetamu dirai samada di ruang utama or ruang tamu kedua, but this time, mereka akan dirai di ruang utama sahaja, sbb bakal 'study room' tu dah tak berapa sesuai utk jadi 'santapan mata' tetamu ;).
The question is: adakah saya betul2 bersedia untuk jadi student semula?
|
ruang tamu ke dua rumah saya |
|
saya juga berangan untuk buat satu blog khas untuk coretan perjalanan pengajian saya... tapi tak tahu lah samada sempat atau tidak saya lakukan perkara tersebut... andai ia ada, saya akan menulis di sana tak lama lagi....